Coutinho tiba di Munich

LONDON: Philippe Coutinho tiba di Munich bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk membolehkannya menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich secara pinjaman daripada Barcelona.

Pemain antarabangsa Brazil itu sempat melemparkan senyuman dan bergambar bersama penyokong ketika tiba di pangkalan Bayern bagi melengkapkan perpindahannya itu.

Perjanjian awal membabitkan kedua-dua kelab dibatalkan minggu lalu dan pemain berusia 27 tahun itu sekadar menjadi penonton ketika Barcelona tewas 0-1 di tangan Athletic Bilbao pada aksi pembukaan Liga Sepanyol.

Bagaimanapun, Coutinho dilaporkan menolak tawaran menyertai Paris Saint-Germain sebagai sebahagian perjanjian bagi membawa kembali Neymar ke Nou Camp.

Bayern bersetuju untuk mengambil Coutinho secara pinjaman bagi tempoh satu musim dengan pilihan pembelian secara tetap.

Bayern yang meraih gelaran Bundesliga sebanyak tujuh kali berturut-turut membuka tirai kempen dengan keputusan seri 2-2 menentang Hertha Berlin, awal pagi Sabtu.

Coutinho dijangka diturunkan pada aksi kedua liga menent4ng Schalke, Sabtu ini.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*