Liga Malaysia liga terbaik Asia Tenggara – Khairul Amri

Penyer4ng import Felda United dari Singapura, Khairul Amri Mohamad Kamal berhasrat mahu melihat lebih ramai pemain kelahiran Singapura beraksi di Liga Malaysia yang dianggapnya sebagai salah satu liga terbaik Asia Tenggara.

“Itu adalah hajat saya sebelum bersara dari dunia bola sepak. Mahu melihat penampilan semula Lions XII atau lebih ramai pemain Singapura di Liga Malaysia.

“Banyak memori manis saya dalam kancah Liga Malaysia dan antara salah satunya adalah jaringan gol saya ketika menent4ng Terengganu dalam aksi separuh akhir Piala FA 2011 sebelum Lions XII dinobatkan sebagai juara tahun itu dengan menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Secara peribadi saya yakin bahawa pemain-pemain Singapura sebenarnya mampu bersa1ng dengan pemain-pemain import yang lain di mana mereka turut mampu memberikan prestasi yang memberangs4ngkan.

“Selain itu, ia juga satu keuntungan buat pasukan Liga Malaysia menambat pemain Singapura kerana secara tidak langsung mereka juga dapat mengumpul peminat di sana dalam proses mengembangkan kelompok penyokong,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Khairul Amri menegaskan Felda United akan berjuang habis-habisan dalam usaha layak ke kelompok lapan pasukan terbaik Piala Malaysia 2019.

Felda United menduduki tangga tercorot Kumpulan D selepas ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Melaka United (6 mata) disusuli Selangor (4 mata) dan PDRM (2 mata).

Biarpun usaha Felda United untuk mencari tiket ke suku akhir Piala Malaysia tampak sukar, Khairul Amri percaya mereka sepasukan tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.

“Tiada apa yang mustahil, apa yang pasti kami tidak boleh tercicir mata jika mahu melepasi peringkat kumpulan kali ini. Kami akan bermain dua perlaw4nan di gelanggang sendiri dan ia seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraih mata maksimum,” kata Khairul  Amri yang sudah meledak empat gol sepanjang kempen Piala Malaysia setakat ini.

Sebagai rekod pencapaian terbaik Felda United dalam kempen Piala Malaysia adalah tiga kali layak ke separuh akhir pada 2014, 2015 dan 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*