Kedah ‘semput’ sebelum menang

KUALA LUMPUR – Dua jaringan lewat dalam tempoh enam minit terakhir perlaw4nan menyelamatkan Kedah daripada mengalami kekalahan mengejutkan kepada PKNS FC dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Lang Merah sudah di ambang kekalahan selepas ketinggalan 1-2 ketika permainan tinggal enam minit untuk ditamatkan, namun jaringan Jonatan Bauman pada minit ke-84 dan Alif Yusof di minit terakhir memastikan Kedah menang 3-2.

Kedah yang diikat 1-1 dalam perlaw4nan pertama menent4ng PKNS di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-30 menerusi Romel Morales.

Bauman bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-50, namun Nicholas Swirad kembali meletakkan Red Ants di depan pada minit ke-70.

Kemenangan ini membolehkan Kedah menduduki tangga kedua Kumpulan A dengan tujuh mata, dua mata di di belakang Terengganu.

PKNS di tempat ketiga dengan empat mata manakala Negeri Sembilan yang akan bertemu Terengganu, Jumaat ini berada pada kedudukan tercorot tanpa sebarang mata. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*