Ribery tiba di Itali

MILAN: Pemain sayap Perancis, Franck Ribery tiba di Itali hari ini untuk melengkapkan ujian pervbatan sebelum menandatangani kontrak dua tahun dengan kelab Serie A, Fiorentina.

“Selamat datang legenda,” kata kelab dari Tuscany itu di akaun Twitter mereka dengan gambar pemain berusia 36 tahun itu memakai jersi kelab itu sambil memegang skaf Fiorentina.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu meninggalkan Bayern Munich sebagai ejen bebas selepas 12 musim bersama gergasi Jerman itu dengan dia memenangi 23 trofi.

Ribery dan isterinya, Wahiba memuat naik gambar di laman sosial hari ini ketika menaiki jet peribadi dan disambut ratusan penyokong ketika tiba.

Pemain Perancis itu berkata, bekas penyer4ng Bayern Luca Toni meyakinkannya untuk berhijrah ke Itali.

“Saya gembira, saya di sini bersama keluarga,” kata Ribery. 

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*