Suarez, Ronaldo bergabung?

TURIN – Gergasi bola sepak Itali, Juventus hanya menunggu masa untuk melakukan pembelian mengejut dengan membawa masuk bintang penyer4ng Barcelona, Luis Suarez.

Menurut akhbar Itali, TuttoSport, keputusan sama ada Suarez, 31, akan menyertai kelab Turin itu bergantung kepada perkembangan Neymar yang masih cuba dibawa pulang oleh Barcelona dalam masa terdekat.

Skuad Catalan itu terdesak untuk mendapatkan semula pemain Brazil tersebut dan kini sedang melakukan rundingan serius dengan Paris-Saint Germain (PSG).

Kata TuttoSport lagi, rundingan di antara Juventus dan Barcelona juga sedang berjalan dan hanya menunggu masa untuk dimuktamadkan.

Kehadiran Antoine Griezmann ke Camp Nou musim ini menyebabkan peluang Suarez untuk diturunkan terhad seandainya Neymar turut kembali ke pangkuan Barcelona.

Penyer4ng sensasi Uruguay itu dikeluarkan ketika Barcelona kalah mengejut 0-1 kepada Atheltic Bilbao dalam aksi pembukaan La Liga pada 17 Ogos lalu.

Ousmane Dembele juga diketepikan selama lima minggu akibat keceder4an hamstring ketika beraksi pada perlaw4nan yang sama.

Seandainya perpindahan Suarez ke Juventus menjadi kenyataan, gandingannya bersama penyer4ng sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo pasti mencur1 tumpuan. – AGENSI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*