Omar Abdulrahman kembali perkuat pasukan Emiriah Arab Bersatu

Ketua jurulatih pasukan Emiriah Arab Bersatu, Bert van Marwijk telah menamakan senarai awal 27 orang pemain yang akan dipanggil untuk menghadiri kem latihan pusat di Bahrain selama seminggu, bermula pada 25 Ogos ini menjelang tugasan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia edisi 2022 dan Piala Asia edisi 2023 pada bulan hadapan.

Nama yang paling mencur1 tumpuan buat kedua-dua peminat bola sepak di Emiriah Arab Bersatu dan di Malaysia dalam senarai awal tersebut, sudah pastilah nama Omar Abdulrahman. Ini merupakan penglibatan pertama Omar bersama pasukan Emiriah Arab Bersatu sejak beliau mengalami keceder4an ‘anterior cruciate ligament’ (ACL) pada Oktober lalu sehingga menyebabkan beliau terlepas kejohanan Piala Asia edisi 2019 yang dihoskan oleh Emiriah Arab Bersatu. Beliau turut diingati kerana persembahan cemerlangnya dalam perlaw4nan Kumpulan A pusingan kedua kelayakan Piala Dunia edisi 2018 dan Piala Asia edisi 2019 antara kedua-dua pasukan pada 3 September 2015 yang menyaksikan pasukan Emiriah Arab Bersatu mencatatkan kemenangan 10-0 ke atas pasukan Malaysia.

Bert sebelum ini telah memanggil Omar untuk menyertai kem latihan musim panas pasukan Emiriah Arab Bersatu di Austria pada Julai lalu, namun pemain itu tidak dapat menghadiri kem tersebut kerana masih berada dalam proses pemulihan daripada kecedera4n ACL yang dialaminya. Kini, pemain itu dilihat sudah kembali menjalani sesi latihan selepas menyertai Al-Jazira pada dua minggu yang lalu.

Selain Omar, Bert juga mempunyai sejarah pertemuan dengan pasukan Malaysia, terutamanya dalam satu lagi perlaw4nan Kumpulan A pusingan kedua kelayakan Piala Dunia edisi 2018 dan Piala Asia edisi 2019 pada 8 September 2015, di mana beliau yang ketika itu merupakan ketua jurulatih pasukan Arab Saudi menyaksikan anak-anak buahnya mendahului 2-1 pada minit ke-88 di Stadium Shah Alam sebelum perlaw4nan terpaksa ditangguhkan akibat berlaku rusvhan.

Daripada 27 orang pemain yang telah dipanggil, 12 pemain telah terlibat dalam kejohanan Piala Asia edisi 2019 pada Januari lalu, antaranya ialah Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil.

Pasukan Emiriah Arab Bersatu akan beraksi dalam dua perlaw4nan persahabatan sepanjang mereka berada di Bahrain iaitu menent4ng pasukan Sri Lanka pada 30 Ogos dan pasukan Republik Dominika pada keesokkan harinya. Mereka kemudiannya akan pulang ke Emiriah Arab Bersatu terlebih dahulu sebelum terbang ke Kuala Lumpur pada 4 September.

Perlaw4nan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia edisi 2022 dan Piala Asia edisi 2023 antara pasukan Malaysia menent4ng pasukan Emiriah Arab Bersatu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini. Adalah menjadi harapan penulis untuk melihat kehadiran yang sangat memberangs4ngkan pada perlawanan pertama pasukan Malaysia di halaman sendiri dalam pusingan kedua kelayakan ini, tambah pula lawan dalam perlawanan tersebut merupakan pasukan pilihan utama untuk kumpulan ini.

 

Kredit Foto: Al Jazira Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*