Kepa bukan penjaga gol No. 1 Sepanyol

LONDON  – Kepa Arrizabalaga masih belum dijadikan sebagai penjaga gol utama Sepanyol meskipun beraksi cemerlang bersama skuad La Roja, kata jurulatih Robert Moreno.

Bintang Manchester United, David de Gea sebelum ini menduduki posisi itu, namun disebabkan persembahannya yang hambar di Piala Dunia selain prestasi kelab yang mengecew4kan pada musim lalu membuatkan dia diketepikan dari kesebelasan utama.

Pemain Chelsea itu cemerlang sewaktu membantu Sepanyol menang 2-1 ke atas Romania dalam kelayakan Euro 2020 Khamis lalu, sekali gus mengesahkan rekod sempurna dalam Kumpulan F menerusi lima kejayaan daripada lima perlaw4nan.

Begitupun, Moreno enggan mengesahkan sama ada Kepa akan diturunkan dalam aksi pertemuan menent4ng Faroe Islands esok, sebaliknya membuka peluang untuk ketiga-tiga penjaga gol La Roja iaitu Kepa, De Gea mahupun Pau Lopez dari Roma.

“Saya tiada penjaga gol utama. Mungkin suatu hari nanti ada atau mungkin tiada.

“Saya tetap dengan pandangan saya di mana ketiga-tiga penjaga gol ini mempunyai tahap yang tinggi dan itu sebab saya sukar membuat keputusan.

“Mereka juga telah berlatih dengan tahap tertinggi. Saya tidak akan katakan salah seorang penjaga gol ini adalah pilihan kegemaran saya,” kata Moreno. – AGENSI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*