Berbanggalah jadi Harimau Malaya

KOTA BHARU – Pemain Harimau Malaya tidak perlu merendah diri apabila bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Afandi Yusof berkata, pemain perlu melupakan ranking dan rekod yang pernah dicatat okeh pasukan kebangsaan ketika bertemu UAE dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Bola sepak tidak boleh terlalu melihat kepada ranking pasukan, jika mengikut kepada ranking Malaysia sudah jauh ketinggalan dan kalah kerana UAE berada di ranking 65 manakala Malaysia berada di ranking 159.

“Pemain harus menggunakan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki untuk mencipta kejutan pada perlaw4nan malam esok,” katanya.

Afandi berkata beliau percaya, Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mempunyai ramuan tersendiri bagi melakukan sesuatu pada pelaw4nan malam esok.

“Setiap jurulatih mempunyai taktikal sendiri namun untuk melaksanakannya bergantung sepenuhnya kepada pemain ketika beraksi di atas padang .

“Saya lihat pemain negara mempunyai kekuatan dan peningkatan dalam corak permainan contohnya ketika bermain di Indonesia tempoh hari.

“Walaupun ketinggalan pasukan mampu mencari gol penyamaan dan kemenangan, jadi mereka tak sepatutnya terlampau hormat kepada pasukan law4n esok,” katanya.

Beliau berkata, pemain seperti Brendan Gan, Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh perlu digunakan sebaik mungkin pada perlaw4nan malam esok.

“Kehadiran mereka ini dapat mengimbangi pemain-pemain law4n, namun pasukan negara tidak harus cepat hilang bola bagi mencipta gerakan,” katanya.

Untuk rekod pada 2015, pasukan kebangsaan pernah dibelasah oleh pasukan UAE dengan jaringan 10-0.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BERNAMA via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*