Barcelona ‘biasa-biasa’ sahaja tapi Dortmund kelab pilihan- Thon

DORTMUND  – Bekas pemain sepanjang zaman Bundesliga, Olaf Thon menyifatkan Barcelona sebagai pasukan ‘biasa-biasa’, manakala Borussia Dortmund merupakan kelab pilihan untuk memenangi aksi pembukaan Liga Juara-Juara di antara mereka di Signal Iduna Park, hari ini

Kedua-dua pasukan bagaimanapun bergelvt dalam saingan domestik masing-masing, dengan Barca menduduki tangga kelima apabila sekadar menang dua dalam empat perlaw4nan, manakala Dortmund dikejutkan kekalahan 1-3 kepada Union Berlin sebelum waktu rehat antarabangsa yang lalu.

Pada ketika Lionel Messi belum membuat kemunculan kompetitif untuk Barca pada musim ini, pemenang Piala Dunia 1990, Thon percaya tuan rumah mampu mengatasi skuad Catalan dengan baik.

“Dortmund berdepan tugas berat pada permulaan (dalam aksi Liga Juara-Juara), tetapi saya fikir Dortmund tetap menjadi pilihan biarpun berdepan Barca.

“Barca menang 5-2 menen4ng Valencia pada penghujung minggu lalu tanpa Lionel Messi. Tetapi saya fikir mereka biasa-biasa sahaja buat masa ini. Mereka juga masih tercari-cari identiti mereka.

“Memulakan saingan Liga Juara-Juara musim ini di laman sendiri adalah peluang terbaik untuk mencatat kemenangan, kemudian meneruskan momentum ini bagi berdepan Bayern Munich dan RB Leipzig dalam kempen Bundesliga,” kata Thon.- AGENSI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*