Kedah tidak mahu dabik dada

ALOR SETAR  – Selepas muncul juara Kumpulan A kempen Piala Malaysia, Kedah tekad menampilkan aksi konsisten dan tidak akan mengambil mudah law4nnya pada peringkat suku akhir saingan berkenaan yang dijadual pada 24 Sept depan.

Pasukan PJ City FC dan PKNP FC yang akan berentap pada Jumaat ini, bakal mengisi slot sebagai naib juara Kumpulan B, dan menjadi law4n Kedah pada peringkat lapan pasukan terbaik dalam saingan tersebut.

Juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli carta kedudukan Kumpulan B selepas mengutip 16 mata, dan tidak boleh dipintas pasukan di tempat kedua sama ada PJ City FC atau PKNP FC.

Justeru, ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata pasukannya perlu mempamerkan prestasi terbaik pada aksi suku akhir kerana PJ City FC atau PKNP FC masing-masing memiliki kekuatan tersendiri.

“Pemain pun tahu tugas ini bukan mudah. Jadi pemain perlu beraksi sebaik mungkin dan tidak melakukan kesilapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Kedah menewaskan Negeri Sembilan 4-2 di Stadium Darul Aman di sini malam tadi, sekali gus muncul juara Kumpulan A.

Aidil Sharin berkata pasukannya mempunyai tempoh kira-kira seminggu untuk melakukan persiapan dan akan menganalisis corak permainan PJ City FC dan PKNP FC untuk menentukan taktikal yang akan digunakan dalam pertemuan suku akhir itu.

Mengulas mengenai prestasi pasukannya dalam perlawanan malam tadi, Aidil Sharin berpuas hati dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan pemain dan berharap ia dapat dikekalkan pada perlaw4nan akan datang.

“Kredit harus diberi kepada pemain yang tidak putus asa serta berusaha keras, saya cukup gembira dengan sikap pemain dan komitmen mereka walaupun ada yang mengalami keceder4an,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohamad Zaki Shaikh Ahmad berkata walaupun pasukannya gagal mendapat kemenangan yang diharapkan, beliau tetap memuji pemainnya kerana dapat menjaringkan dua gol dan memberi tentangan kepada Kedah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BERNAMA via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*