Rajagobal kecewa N. Sembilan tersingkir

SHAH ALAM – Nasib kurang menyebelahi PKNS FC dalam kempen Piala Malaysia tahun ini apabila hanya menduduki tempat terakhir peringkat kumpulan, kata pengendali pasukan, Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata pasukannya bermain dengan baik dalam pusingan pertama namun gagal menunjukkan prestasi sebenar.

“Saya fikir mungkin PKNS sepatutnya menamatkan kempen di peringkat enam teratas namun ia tidak seperti yang dirancangkan, jika pemain dapat menewaskan Negeri Sembilan tempoh hari mungkin keputusan akan berpihak kepada kita.

“Kita sudah tersingkir daripada kempen Piala Malaysia, sepatutnya pemain tidak mempunyai tekanan. Saya kecewa dengan pasukan saya untuk kempen Piala Malaysia pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas perlaw4nan malam tadi.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC (TFC), Mohd Nafuzi Mahammad Zain berasa lega selepas sasaran untuk layak ke suku akhir tercapai.

“Misi kita untuk membawa pulang tiga mata penuh berjaya, bukan sesuatu yang mudah untuk bangkit selepas tewas dua perlaw4nan tetapi kita berjaya pada malam ini,” katanya.

Pada perlaw4nan itu, TFC bermula gar4ng dengan menjaringkan gol pertama seawal minit ketiga permainan menerusi Sanjar Shaakhmedov sebelum Tchetche Kipre menambah gol buat TFC pada minit kelapan.

TFC mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan PKNS FC diikuti Kedah yang menang ke atas pasukan Negeri Sembilan dalam aksi terakhir Kumpulan A.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BERNAMA via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*