P.Pinang terpaksa terima hakikat

GEORGE TOWN – Pulau Pinang terpaksa akur apabila gagal ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala Malaysia 2019 setelah tewas di laman sendiri kepada pasukan Pahang 0-2 dalam perlaw4nan terakhir Kumpulan C, malam tadi.

Ketua jurulatih Pulau Pinang Manzoor Azwira Abdul Wahid berkata biarpun tewas, anak didiknya telah mempamerkan kesungguhan tinggi semasa perlaw4nan serta memperoleh pengalaman lebih baik kerana skuad Harimau Kumbang itu dibarisi pemain muda berbakat.

“Kita mencipta banyak peluang tetapi tidak berjaya menjaringkan gol, kita dihvkum oleh pasukan Pahang yang cukup berpengalaman, bagaimanapun saya cukup berpuas hati dengan prestasi pasukan serta peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlaw4nan cukup memberangsangkan.

“Cuma bila sampai di peringkat pertandingan Piala Malaysia, bertemu dengan pasukan-pasukan yang lebih hebat, dari segi pengalaman kita agak tertinggal di situ maka saya dapat kenal pasti kelemahan ini dan akan baiki untuk musim hadapan,” katanya kepada pemberita selepas perlaw4nan itu di Stadium Bandaraya.

Dalam perlaw4nan itu, gol pasukan Pahang dijaringkan oleh penyerangnya Herold Mark Golden pada minit kedua manakala gol kedua adalah hasil jaringan gol sendiri oleh pemain pertahanan Pulau Pinang Segar Arumugam pada minit ke-57.

Sementara itu, ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh berharap skuad kendaliannya akan terus mempamerkan kecemerlangan dan meraih kemenangan untuk membawa pulang piala idaman.

“Sudah tentu tahun ini kita belum mendapat piala lagi, jadi memang harapan tinggi untuk kita mendapatkan kemenangan, khasnya semasa bermain di tempat law4n,” katanya, sambil menambah pasukan Pahang akan bertemu Melaka pada perlaw4nan akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BERNAMA via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*