Pepe kena segera sesuaikan diri di England

LONDON  – Unai Emery menggesa Nicolas Pepe untuk segera menyesuaikan diri dengan tekanan supaya pemain sayap itu bangkit daripada permulaan kurang meyakinkan di England.

Bintang Ivory Coast itu menyertai Arsenal dari Lille pada musim cuti lalu namun Pepe gagal menyinar bersama The Gunners.

Pemain berusia 24 tahun itu meled4k 22 gol bersama Lille musim lalu dan menjadi m4ngsa krit1kan selepas gagal beraksi cemerlang ketika terikat 1-1 dengan Manchester United.

“Bukan mudah untuk saya. Saya perlu kembalikan keyakinan saya. Saya tidak begitu bimbang. Orang ramai mungkin bimbang dengan statistik saya, tetapi saya tidak,” kata Pepe kepada RMC.

Emery mungkin akan meletakkan Pepe dalam kesebelasan utama ketika aksi menent4ng Standard Liege dalam saingan Liga Europa bagi mengembalikan semula prestasi pemain itu.

“Mereka adalah manusia. Apabila dia bersama kami, tidak relevan untuk kita bercakap mengenai wang.

“Bukan sahaja dia atau pemain muda dan pengalaman. Gaji besar tidak penting buat saya.

“Kami di sini untuk beraksi, sebagai jurulatih atau pemain, semua berada dalam tekanan. Tekanan itu sesuatu yang positif kerana kami adalah kelab besar dan memiliki objektif besar,” kata emery.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*