Gol pertama Hazard akhirnya muncul

MADRID – Eden Hazard akhirnya menjaringkan gol pertamanya bersama Real Madrid ketika membantu kelab yang baharu disertainya Mei lalu menewaskan Granada 4-2 dalam aksi La Liga awal hari ini.

Penantian pemain antarabangsa Belgium itu sejak berhijrah dari Chelsea berakhir apabila dia sempat menyungkit bola biar pun diasak dua pemain pertahanan Granada untuk gol kedua Real pada penghujung babak pertama.

“Kami perlukan Eden seperti itu, bermain cemerlang dan menjaringkan gol. Dia nampak gembira di bilik persalinan dan kami pula gembira untuknya. Saya harap ini satu daripada banyak gol yang akan dijaringkannya selepas ini,” kata jurulatih Zinadine Zidane.

Selain gol Hazard yang menjadi tumpuan selepas kemarau jaringan dalam lima perlaw4nan, turut berada dalam senarai penjaring Real adalah Karim Benzema, Luka Modric dan James Rodriguez manakala gol Granada dijaringkan Darwin Machis dan Domingos Duarte.

Kemenangan itu membolehkan Real kini di puncak liga dengan mengumpul 18 mata daripada lapan perlaw4nan setakat ini dan mungkin akan dirapati Atletico Madrid dan Barcelona yang hanya akan turun malam ini..

Real juga ketika ini merupakan satu-satunya pasukan yang belum kalah lagi musim ini. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*