Rekod tanpa kalah Bayern lebur

BERLIN – Empat hari selepas membelas4h Tottenham Hotspur 7-2 dalam saingan Liga Juara Juara Eropah, Bayern Munich dikejutkan dengan kekalahan pertamanya di Bundesliga awal hari ini.

Pasukan yang berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Bayern dalam liga domestik musim ini adalah Hoffenheim yang menang 2-1. Ini merupakan kemenangan pertama Hoffenheim dalam sejarah pertemuannya dengan Bayern.

Lebih manis ia dilakukan di gelanggang keramat Bayern iaitu Allianz Arena yang senyap sunyi dek penyokongnya yang tergamam dengan kekalahan itu. Sudah hampir setahun Bayern tidak kalah di laman sendiri.

Sargis Adamyan muncul wira Hoffenheim apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1. Terdahulu Adamyan turut membuka jaringan buat pasukannya pada babak pertama sebelum Robert Lewandowski menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

“Ini impian besar saya selama ini. Kemenangan pula penting kerana kami berjaya buktikan kami boleh kalahkan mana-mana pasukan di Bundesliga,” katanya yang baharu dibeli Hoffenheim dari kelab Divisyen Dua, Jahn Regensburg pada Mei lalu.

Bagaimanapun kekalahan itu tidak mengubah kedudukan Bayern yang masih kekal sebagai pendahulu liga menerusi kelebihan jaringan sahaja dengan memungut 14 mata sama dengan SC Freiburg, RB Leipzig, Schalke 04 dan Bayer Leverkusen selepas tujuh perlaw4nan setakat ini. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*