Syafiq Ahmad bintangi kemenangan bergaya Malaysia ke atas Sri Lanka

Persiapan terakhir sebelum berdepan Vietnam. Anak buah Tan Cheng Hoe berdepan Sri Lanka sebelum berangkat ke Hanoi. Biarpun Tan Cheng Hoe ada menyatakan mahu menguji pemain baru dipanggil, tetapi sebagai permulaan nampaknya kesebelasan utama yang kuat digunakan.

Tiada masalah buat pasukan Tan Cheng Hoe apabila menang mudah 6-0 dalam perlaw4nan ini sekaligus memberikan motivasi buat Harimau Malaya berdepan Vietnam nanti. Berikut adalah rating buat pemain-pemain skuad negara dalam perlaw4nan tadi.

 

Farizal Marlias – 7/10

Tidak banyak perlu dilakukan oleh Farizal sepanjang perlaw4nan yang didominasi Malaysia. Tetapi apabila diperlukan, dia berjaya mengelak daripada dibolosi.

Matthew Davies – 7/10

Lebih banyak berada di kawasan Sri Lanka berbanding Malaysia  sekaligus membolehkan Safawi lebih banyak untuk cuba masuk ke dalam. Kurang membuat hantaran lintang seperti biasa kerana Malaysia lebih tenang dan memilih untuk membina ser4ngan perlahan-lahan.

Shahrul Saad – 7/10

Menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-14. Tidak terlalu teruji, tetapi ada masa di mana Sri Lanka dapat menembusi pertahanan Malaysia dan membuat percubaan tetapi diselamatkan oleh Farizal. Perlu kekal fokus dan melihat di mana posisi pemain law4n. Berganding baik dengan Aidil.

Aidil Zafuan Razak – 7/10

Tidak terlalu teruji tetapi Aidil adalah gandingan terbaik buat Shahrul Saad. Dengan pengalaman yang dimilikinya, dia dapat membantu mengatur barisan pertahanan.

Corbin Ong – 7/10

Sama seperti Matt, lebih banyak berada di kawasan Sri Lanka berbanding kawasan sendiri. Tetapi disebabkan Akhyar lebih gemar menyer4ng di bahagian tepi, Corbin tidak berada di posisi yang terlalu tinggi. Tetap perlu berjaga-jaga dengan ser4ngan pantas pemain sayap Sri Lanka.

Muhammad Akram Mahinan – 8/10

Tugas Akram sama seperti apa yang dilakukannya ketika Piala AFF. Memastikan bola sentiasa bergerak dan dia melakukannya dengan baik di samping membantu melindungi barisan pertahanan.

Brendan Gan – 8/10

Dua perlaw4nan sebelum ini mungkin Brendan perlu menjadi lebih ‘defensive’, tetapi dengan adanya Akram Mahinan, Brendan lebih banyak berada di hadapan untuk membantu ser4ngan. Sentiasa berusaha membantu rakan sepasukan ketika menyer4ng dengan lorongan bola yang menganc4m kubu Sri Lanka. Dia juga tetap rajin membantu Akram Mahinan bertahan bila diperlukan.

Safawi Rasid – 8/10

Bergandingan baik dengan Syafiq Ahmad. Menganc4m bahagian kanan Sri Lanka dengan larian ke dalam. Barisan pertahanan Sri Lanka bagaikan tidak tahu apa yang bakal dilakukan oleh Safawi.

Akhyar Rashid – 7/10

Lincah dan sering mengancam kubu Sri Lanka. Tetapi Akhyar perlu perbaiki ‘decision making’ yang dilakukannya ketika menghampiri kotak penalti law4n terutamanya di separuh masa pertama. Perlu tahu bila untuk menggelecek, membuat hantaran dan merembat. Lebih baik di separuh masa kedua dan menjaringkan gol keempat Malaysia.

Syafiq Ahmad – 9/10

Dengan ketiadaan Nor Azam Azih, Syafiq Ahmad menjadi sumber kreativiti skuad negara dan bergandingan dengan Norsharul di bahagian ser4ngan. Menjaringkan hatrik dalam perlaw4nan ini. Memulakan dan menamatkan ser4ngan yang membawa gol pertama buat Malaysia seawal minit kesembilan. Kemudian terus menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Sri Lanka sepanjang perlaw4nan. Menjaringkan gol kedua peribadi dan kelima Malaysia dengan cukup tenang. Melengkapkan hatrik dengan satu voli yang sukar diselamatkan Hilmi Luthfi di gawang Sri Lanka.

Norshahrul Idlan Talaha – 7/10

Cukup rajin di bahagian hadapan. Membuatkan pertahanan law4n perlu berjaga-jaga dengannya, sekaligus membuka ruang untuk rakan sepasukan. Menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-17 dan membuat hantaran untuk gol keempat Malaysia.

 

Pemain gantian:

Adam Nor azlin

Masuk menggantikan Shahrul Saad pada minit ke-60

Syahmi Safari

Masuk menggantikan Matt Davies pada minit ke-60

Daniel Amir

Masuk menggantikan Norshahrul idlan Talaha pada minit ke-60

Azzizan Nordin

Masuk menggantikan Akram Mahinan pada minit ke-66

Dominic Tan 

Masuk menggantikan Aidil Zafuan pada minit ke-70

Halim Saari 

Menggantikan tempat Safawi Rasid pada minit ke-77.

Kredit foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*