Lukaku kerja keras turunkan berat badan

LONDON  – Bos Inter Milan, Antonio Conte mengakui Romelu Lukaku bertungkus-lumus menurunkan berat badannya ekoran saiz pemain itu ketika ini.

Pemain berusia 26 tahun itu kelihatan lebih kurus sewaktu dia bersama Manchester United pada musim lalu dan dia menjalani rutin diet Bresaola sejak menyertai Inter Milan pada musim panas lepas.

Tidak mengambil alk0hol, makanan berminyak dan kekal dengan menu Mediterranean yang kaya dengan sayur-sayuran serta daging putih seperti ayam telah membantu Lukaku menurunkan berat badannya.

Conte mengakui berasa gembira dengan perkembangan Lukaku dan berkata pemain itu terpaksa bekerja lebih keras berbanding pemain lain untuk mencapai tahap terbaik disebabkan saiz fizikalnya.

“Romelu kena berlatih lebih banyak lagi sebab menjadi pemain yang mempunyai badan sebesar itu dia perlu berlatih, kerap diturunkan supaya bentuk badannya kekal menarik.

“Namun, saya fikir dia sudah memberikan segala-galanya, mal4ng untuk kami tidak menurunkan dia ketika menent4ng Barcelona dan penting untuk dia ada dalam aksi tersebut namun kami tidak dapat berbuat apa-apa.

“Romelu menunjukkan aksi terbaik pada hari ini (semalam), dia cuba melakukan yang terbaik dan sekarang mari berharap dia dapat selesaikan 1su berat badannya dan berada di tahap terbaik 100 peratus,” kata Conte selepas Inter tewas 1-2 kepada Juventus dalam aksi Serie A, semalam. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*