Laporte bikin City ‘temp4ng’ – Ederson

LONDON: Penjaga gol Manchester City, Ederson percaya pasukan itu terpaksa bergelvt selepas kehilangan Aymeric Laporte yang berdepan keceder4an.

Pertahanan tengah City itu menjadi pilihan utama pengendali, Pep Guardiola tetapi khidmatnya tidak dapat digunakan sehingga tahun baharu selepas mengalami keceder4an ligamen serius ketika menent4ng Brighton. 

Kelibat pemain kelahiran Perancis itu jelas dirindui apabila penyandang juara itu berdepan kekalahan mengejutkan 2-0 kepada Wolves di gelanggang sendiri, Etihad minggu lalu.

“Sukar untuk pasukan seperti kami berdepan dengan masalah keceder4an, terutama jika ia berlaku di posisi yang sama di atas padang,” kata Ederson.

“Kami semua tahu mengenai kualiti menakjubkan yang dimiliki Aymeric dan betapa bagusnya dia ketika merencana gerakan. Sudah tentu kami semua merinduinya.

“Kami memiliki pemain lain yang hebat dan boleh menggantikannya di posisi itu. Tetapi mal4ngnya, dengan keceder4an John Stones, kami hanya mempunyai seorang pertahanan tengah yang tulen.

“Saya fikir pasukan benar-benar memerlukan kekuatan menta1 untuk terus bermain dan menjuarai gelaran,” kata penjaga gol Brazil itu.

Selepas kekalahan kepada Wolves, City ketika ini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Liverpool selepas mengharungi lapan perlaw4nan.

Stones dijangka kembali pulih apabila City menyambung semula kempen musim ini pada 19 Oktober selepas rehat antarabangsa.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*