Skuad muda England, Itali hampiri Euro 2020

PARIS: England dan Itali semakin hampir layak ke Euro 2020 dengan kedua-dua negara yang dibarisi bintang muda itu hanya memerlukan satu kemenangan untuk mengesahkan tempat ke kejohanan berkenaan.

Dua pasukan berkenaan antara lima pasukan yang berpeluang layak lebih awal sebelum tamat saingan peringkat kumpulan. Sepanyol dan pesaing dari Kumpulan I – Belgium serta Russia juga mampu mengesahkan tempat lebih awal.

Dengan hanya dua pasukan daripada 10 pasukan layak secara automatik, England memerlukan satu kemenangan di Republik Czech pada Jumaat bagi mengesahkan kelayakan dari Kumpulan A selepas deretan empat kemenangan yang meletakkan anak buah Gareth Southgate empat mata mengatasi Kosovo di tangga ketiga, yang bermain lebih satu perlaw4nan.

Southgate meneruskan rentak selepas kejayaan membawa England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dengan skuadnya meled4k 19 gol dalam kempen kelayakan Euro kali ini.

Pengendali England itu turut dibantu ketajaman Raheem Sterling, 24, yang menjaringkan enam gol dalam enam penampilan terakhirnya bersama skuad berkenaan.

Southgate turut memanfaatkan kemunculan pemain-pemain muda seperti Declan Rice (West Ham), 20 dan Jadon Sancho (Borussia Dortmund), 19, yang menjaringkan gol England pertamanya dalam kemenangan 5-3 ke atas Kosovo.

Trio muda Chelsea, Mason Mount, Fikayo Tomori dan Tammy Abraham turut mendapat kepercayaan Southgate selepas aksi memberangsangkan bersama kelab.

ROBERTO Mancini

Sementara itu Roberto Mancini meneruskan usaha membentuk skuad Itali dengan merakam kemenangan keenam dalam aksi Kumpulan J. Skuad muda Azzurri turut berpeluang menempah tiket dengan kemenangan ke atas Greece Sabtu ini.

Mereka perlu menang di Stadio Olimpico di Rome dan berharap Armenia di tangga ketiga gagal menewaskan penghuni tangga tercorot Liechtenstein yang sudah dibolosi 19 kali setakat ini.

Itali menerajui kumpulan dengan kelebihan sembilan mata ke atas Armenia dan masih berbaki empat perlaw4nan. Jika gagal Sabtu ini, mereka mempunyai peluang kedua apabila bertandang ke Liechtenstein pada 15 Oktober.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*