Shaakmedov, Tuck kekal bersama TFC

KUALA TERENGGANU: Bagi mengelak pemainnya ‘dicur1’, Terengganu FC (TFC) mengambil pendekatan awal apabila mengekalkan dua tonggak importnya iaitu pemain berdar4h campuran Malaysia-England, Lee Tuck dan pemain kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M ) musim depan. 

Ini bermakna kedudukan penyer4ng sensasi skuad Penyu itu dari Ivory Coast, Kipre Tchetche dan pemain Kemboja, Thierry Cantha Bin masih menjadi tanda tanya dan belum dapat dipastikan sama ada akan terus kekal bersama skuad TFC ataupun digugurkan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim ketika mengesahkan perkara itu berkata, hanya dua daripada empat pemain import TFC itu setakat ini akan kekal beraksi bersama TFC musim depan.

“Kapten pasukan, Tuck dan pemain tengah Shaakhmedov akan terus kekal bersama TFC kerana masih terikat dengan kontrak setahun lagi sehingga musim depan dan khidmat mereka juga masih ditagih bagi membantu pasukan mengharungi cabaran liga.

“Manakala dua lagi pemain iaitu Tchetche dan Cantha Bin yang sudah bersama TFC selama dua musim akan diserahkan sepenuhnya kepada ketua jurulatih baharu skuad Penyu yang akan diumumkan pada Kongres Biasa PBSNT Selasa ini.

“Bagi pemain import pasukan TFC II pula yang berstatus ‘feeder club’, tugas pemilihan juga akan diserahkan kepada pengendali baharu skuad itu selepas jurulatih sebelum ini, Tengku Hazman Raja Hassan tidak disambung kontrak musim depan.

“Kontrak keempat-empat pemain import pasukan TFC ll iaitu Akanni Sunday, Bruno Suzuki, Dechi Marcel dan Serrhi Andrieive akan tamat tahun ini dan saya tidak mahu campur tangan sebaliknya juga menyerahkan kepada bakal jurulatih baharu untuk tentukan sama ada mahu sambung atau sebaliknya.

“Kita hargai jasa Tengku Hazman selama ini, tetapi PBSNT mempunyai perancangan lain untuk memastikan kesinambungan bola sepak negeri tercapai,” katanya pada Majlis Makan Malam Sukan Terengganu (SUTERA) daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, malam tadi.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan insentif wang tunai kepada 57 atlet dari Kuala Nerus yang berjaya memperoleh pingat emas, perak dan gangsa selepas muncul naib juara pada kejohanan SUTERA yang berlangsung bulan lalu.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*