Spurs ambil semula Vorm

LONDON: Tottenham mengambil semula khidmat bekas penjaga golnya, Michel Vorm untuk tugasan jangka pendek bagi menggantikan kapten Hugo Lloris, yang masih bergelvt dengan keceder4an menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu ini.

Bekas penjaga gol berusia 35 tahun itu yang masih menggangur dilepaskan Tottenham sejurus kontraknya tamat hujung musim lalu.

Bagaimanapun, dengan keceder4an siku dialami Lloris yang memaksanya berehat sehingga hujung 2019 menyaksikan Spur tiada pilihan melainkan memanggil semula Vorm untuk mengawal gawangnya.

Bekas pemain antarabangsa Belanda itu pernah melakukan 47 penampilan dalam semua perlaw4nan bersama Tottenham dan kali ini diberi kebenaran sekali lagi untuk memakai jersi nombor 13 miliknya dulu.

Dia dijangka akan menjadi penjaga gol simpanan bersama Paulo Gazzaniga menjelang persiapan skuad Mauricio Pochettino yang menanti kunjungan Watford bagi aksi EPL, Sabtu ini.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*