David de Gea terpaksa disisihkan

STOCKHOLM: David de Gea terpaksa dipinggirkan susulan keceder4an ketika perlaw4nan Kelayakan Euro 2020 yang menyaksikan Sepanyol seri 1-1 menent4ng Sweden sekali gus memberi tamp4ran hebat kepada Manchester United yang akan bertemu Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.

Penjaga gol, De Gea, menyelamatkan beberapa cubaan di Arena Friends pada awal pagi ini termasuk menghalang cubaan bertalu-talu sebelum Marcus Berg menjaringkan gol pembukaan buat tuan rumah pada minit ke-50.

Tetapi pemain berumur 28 tahun itu dilihat mengalami kesak1tan di tulang pinggvlnya yang menyebabkan tidak selesa dan digantikan.

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga melakukan pemanasan badan ketika rehat babak pertama dan De Gea akhirnya dikeluarkan ketika permainan memasuki sejam.

De Gea sering disenaraikan Ole Gunnar Solskjaer pada musim ini, meskipun Sergio Romero kini diletakkan sebagai penjaga gol simpanan bagi United dalam menent4ng pendahulu Liga Perdana pada hujung minggu ini. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*