Messi menang kasut emas kali keenam

BARCELONA: Kapten Barcelona, Lionel Messi memenangi Anugerah Kasut Emas keenam sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga di Eropah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Messi meraih pengiktirafan itu buat kali ketiga berturut-turut selepas meled4k 36 gol, tiga gol mengatasi pencabar terdekat Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain.

Anak lelaki Messi, Thiago dan Mateo bersama isterinya, Antonella Rocuzzo menyertai bintang Argentina itu menerima trofi berkenaan sambil disaksikan rakan sepasukan termasuk Luis Suarez dan Jordi Alba.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sin mis compañeros no hubiera conseguido ni siquiera uno de estos trofeos. Me lo entregaron a mí, pero es un reconocimiento a todo el vestuario. Gracias a tod@s por la felicitaciones.

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Messi mendedikasikan anugerah itu kepada keluarga dan rakan sepasukannya.

“Tanpa rakan sepasukan, saya juga tidak akan memenangi anugerah ini,” katanya.

Messi kini memiliki dua kasut emas lebih daripada pesaingnya Cristiano Ronaldo. Luis Suarez adalah antara seorang daripada sembilan pemain yang pernah memenangi dua kasut emas.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*