Baddrol gembira Kedah tidak tewas

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, gembira dengan penamat penuh dramatik aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menent4ng Pahang yang berkesudahan seri 3-3 di Stadium Darul Aman pada Sabtu, biarpun gagal meraih sebarang bekalan untuk aksi timbal balik di Kuantan pada 26 Oktober depan.

Bagi Baddrol, bangkit selepas ketinggalan 0-2 untuk mengikat kedudukan 2-2, dan kemudiannya meraih jaringan penyamaan 3-3 pada masa keceder4an menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak sudah cukup menggambarkan betapa tingginya semangat juang pemain-pemain Kedah.

Berdasarkan keputusan itu, Baddrol berkeyakinan Kedah tidak akan memberi laluan mudah kepada skuad tok gajah yang membawa pulang bekalan tiga gol tempat law4n apabila mereka berentap di Stadium Darul Makmur nanti.

“Kami sudah berusaha sebaik mungkin sepanjang permainan dan apa yang cukup penting, kami tidak kalah di laman sendiri selepas tamatnya perlaw4nan.

“Masih ada baki 90 minit lagi bagi mencari tempat ke perlaw4nan akhir  dan kami berazam untuk bagi lebih baik apabila bertandang ke tempat law4n selepas apa kami pamerkan di sini.

“Jujurnya, Pahang memang pasukan yang kuat, bagaimanapun saya dan rakan-rakan tetap berjaya mengakhiri perlaw4nan terakhir di tempat sendiri musim ini dengan aksi terpuji ditambah faktor padang juga ada renc4tkan permainan kami pada malam ini, ” katanya selepas perlaw4nan.

Dalam aksi di hadapan lebih 23,000 penyokong itu, Kedah ketinggalan 0-2 melalui jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan sepakan penalti yang disempurnakan Dickson Nwakaeme.

Namun pertukaran taktikal jurulatih, Aidil Sharin Sahak membawa masuk Azammuddin Akil untuk beraksi di posisi sayap kanan dan membawa keluar David Rowley nyata merubah skrip permainan.

Fernando Rodriguez membalas dengan dua jaringan penyamaan pada minit ke-32 dan 40 bagi mengakhiri babak pertama dengan keputusan terikat 2-2.

Pahang sekali lagi memimpin permainan pada minit ke-72 menerusi Nor Azam Abdul Azih sebelum Zaquan muncul penyelamat melalui tandukan pada masa kecederaan.

Dalam pada itu, Baddrol teruja dengan kehadiran penyokong di Stadium Darul Aman yang disifatkan luar biasa dan mengharapkan suasana sama akan dapat disaksikan pada setiap perlaw4nan membabitkan Kedah, musim depan.

“Memang ini setiap pemain inginkan dengan tiap perlaw4nan sentiasa dipenuhi dengan penyokong-penyokong setia, saya mengharapkan pada musim depan nanti, ia berterusan.

“Walaupun mungkin ada nanti bukan perlaw4nan yang penting, kami pemain tetap mahukan penyokong sentiasa membanjiri stadium kerana sokongan anda amat kami perlukan, ” katanya

Foto : MFL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*