Woodward belum ada niat jual United

MANCHESTER: Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward berkata keluarga hartawan Glazer yang memiliki kelab itu tidak berhasrat menjual gergasi Liga Perdana itu meskipun ada laporan mengatakan ada pihak menyatakan minat membelinya.

Woodward menjawab spekvlasi berhubung kaitan tawaran Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman yang mahu mengambil alih United.

Keluarga Glazer memiliki United sejak 2005 dan tidak bersedia untuk menjualnya, dengan laporan terbaru menyatakan dua tawaran Putera Mahkota itu sudah ditolak.

“Berdasarkan apa saya lihat, mereka mahukannya untuk jangka masa panjang,” kata Woodward.

“Mengenai tawaran harga yang diletakkan, setahu saya tiada perbincangan harga diletakkan bagi kelab atau seumpamanya. Setiap perbualan adalah berdasarkan pelaburan jangka masa panjang.

“Hutang adalah tempoh jangka masa panjang, tersusun dan sama juga seperti kelab bola sepak lain. Ia adalah tetap untuk tempoh masa yang sudah ditetapkan yang mana ia memberi kesan kepada tawaran yang murah.

“Ia hanyalah dua peratus daripada hasil yang diperoleh setiap tahun, jadi ia tidak banyak memberi kesan kepada kami.”

Woodward menyaksikan perlawnan ketika Uited seri 1-1 dengan pendahulu Liverpool di Old Traffor awal pagi tadi.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*