Chelsea pertaruh pemain muda sekat Ajax

AMSTERDAM: Pemain muda Chelsea berpeluang menguji kebolehan masing-masing ketika berdepan Ajax dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di sini, awal pagi esok.

The Blues kini menang lima perlawnan sederet dalam semua pertandingan termasuk membenam Newcastle United 1-0 dalam perlawnan liga hujung minggu.

Ajax pula konsisten dengan meled4k tiga gol secara purata dalam setiap perlaw4nan sama ada di gelanggang sendiri mahupun di tempat lawan dan tampak ghairah mengubah nasib selepas kekecewaan tersingkir musim lalu.

Fikayo Tomori, Ross Barkley, Mason Mount, Callum Hudson-Odoi dan Tammy Abraham masing-masing menyinar di Stamford Bridge, pertama kali mereka disenaraikan bersama sejak 2013.

Chelsea menghuni tangga kedua Kumpulan H dengan tiga mata dan pertemuan menent4ng Ajax menjadi kunci langkah seterusnya.

“Pertemuan menent4ng Ajax sangat penting kerana mereka pasukan kuat…corak permainan yang ditampilkan mereka ujian berat buat kami,” kata Frank Lampard kepada laman web Chelsea, kelmarin.

Abraham mencur1 tumpuan dan menjadi kepala berita selepas menyumbat lapan gol dalam sembilan aksi liga termasuk membantu Chelsea menang 2-1 ke atas Lille, tatkala Lampard menggelar pemain berusia 22 tahun sebagai ‘sponge’ kerana keupayaannya pantas menyerap arahannya.

“Dia sentiasa mahu mendengar arahan, sedia meningkat ke tahap lebih baik, tekad meled4k lebih banyak gol, meningkatkan permainanya dan rajin membantu rakan lain,” kata Lampard.

Namun persiapan Chelsea tanpa Andreas Christensen dan Antonio Rudiger, yang masih cedera dan terpaksa digantikan dengan Tomori sebagai pengawal benteng.

Selain Rudiger dan Christensen, N’Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek, serta Barkley dan Cesar Azpilicueta turut belum pasti disenaraikan menent4ng Ajax.

Ajax pula sedang sibuk melayan spekvlasi yang mend4kwa jurulatihnya, Erik ten Hag berpotensi pindah ke Bayern Munich selepas Nico Kovac menjadi sasaran kec4man di Jerman.

Ajax meskipun tanpa Frenkie De Jong yang pindah ke Barcelona dan orang besi Matthijs de Ligt ke Juventus, mereka masih kekal menguasai carta Liga Eredivisie dan belum kalah dalam 10 perlawnan dengan mendahului pencabar terdekat PSV Eindhoven dan Vitesse Arnhem dengan tiga mata.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*