Genoa pecat Andreazzoli

MILAN: Pasukan bergelvt Serie A, Genoa mengumumkan hari ini bahawa jurulatih Aurelio Andreazzoli dipecat hanya selepas mengemudi lapan perlawnan.

Skuad dari barat laut Itali itu hanya menang sekali berdepan Fiorentina pada 1 September selepas mengikat Roma pada perlawnan pembukaan.

Mereka tewas lima daripada enam perlawnan sejak sejak itu dan kedua dari bawah Serie A dengan melepaskan 20 gol selepas tewas 5-1 kepada Parma Ahad lalu.

Bekas pemain Itali berasal dari Brazil, Thiago Motta, 37, dijangka akan mengambil alih daripada pengendali berusia 65 tahun, Andreazzoli menurut beberapa laporan di Itali.

Bekas pemain tengah Barcelona dan Atletico Madrid itu bermain semusim dengan Genoa sebelum berhijrah ke Inter Milan pada 2009. 

Dia bermain buat Paris Saint-Germain selama enam musim sejak 2012.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*