Ribery digantung tiga perlawnan

MILAN: Penyer4ng veteran Fiorentina, Franck Ribery digantung tiga perlawnan oleh tribunal disiplin Serie A selepas pemain itu menolak penjaga garisan ketika pasukannya tewas 2-1 di laman sendiri kepada Lazio.

Video rakaman menunjukkan pemain berusia 36 tahun berkenaan, yang dikeluarkan pada minit ke-74, menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pegawai perlawnan selepas perlawaanan berkaitan gol kemenangan Lazio.

Dia kemudian menolak salah seorang penjaga garisan sebelum dihalang oleh rakan sepasukan dan dilayangkan kad merah.

Menggambarkan kelakuan Ribery sebagai “tidak sopan”, tribunal disiplin Serie A menyatakan Ribery menghampiri penjaga garisan dengan “tingkah laku menganc4m” dan dua kali menolaknya.

Terdahulu Ribery – yang didenda 20,000 euro (RM92,865) – memohon maaf di laman Twitter atas tingkah lakunya sambil berkata dia naik angin selepas keputusan kontr0versi itu.

Fiorentina menegaskan gol Lazio pada minit ke-89 bermula dengan kekas4ran dilakukan Jordan Lukaku terhadap Riccardo Sotil dan mereka bingung mengapa pengadil tidak menilai ins1den berkenaan menerusi monitor di tepi padang – sebaliknya bergantung kepada pemeriksaan dilakukan pegawai rasmi VAR.

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*