FAM dapat pengiktirafan antarabangsa, raih pingat gangsa AFC

USAHA gigih Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memantapkan aspek pembangunan di peringkat akar umbi terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih Anugerah Gangsa Dream Asia Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 di Kuala Lumpur hari ini.

Lebih manis, FAM yang kini diterajui Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin memenangi gangsa di belakang Persatuan Bolasepak Jepun (emas) dan Persatuan Bolasepak China (perak).

Jelas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, badan induk tempatan itu berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu berjaya mempamerkan contoh terbaik yang mana penerima anugerah dinilai menerusi inisiatif tanggungjawab sosial antara bulan Julai 2018 dan Julai 2019.

Antara aktiviti yang dijalankan merangkumi pembangunan sosial kanak-kanak dan remaja, pendidikan dan integriti, kesihatan dan kemanusiaan.

“Ini satu penghormatan buat kami selepas berjaya menerima anugerah kali kedua, yang mana kami turut menerima anugerah dalam kategori pembangunan tahun lalu.

“Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama kami untuk komitmen dan sokongan yang berterusan. Kami berharap FAM akan terus menjadi inspirasi dalam sukan bola sepak.

“Anugerah ini juga akan menaikkan semangat bekerjasama dengan rakan gabungan dalam menggunakan bola sepak sebagai pemangkin dalam mendidik dan menggilap bakat pemain muda negara,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Anugerah itu disampaikan kepada Stuart oleh Pengerusi Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial AFC, Zaw Zaw.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*