Rashford sehebat Ronaldo – Solskjaer

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membandingkan dua jaringan Marcus Rashford sama hebat dengan gol Cristiano Ronaldo susulan sep4kan percuma wira itu yang menjamin kemaraan ke suku akhir selepas menyekat Chelsea dalam saingan Piala Liga (EFL) pagi tadi.

Sep4kan percuma minit ke-73 Rashford membantu United menang 2-1 ke atas Chelsea di tempat law4n.

Michy Batshuayi memadamkan gol pembukaan minit ke-25 Rashford menerusi penalti sebelum menang menerusi jaringan set piece ala Ronaldo itu.

Ronaldo pernah beraksi enam musim di Old Trafford, yang menyaksikan dia banyak menyumbat gol menerusi sep4kan percuma sekali gus membantu United menjulang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sebelum meninggalkan kelab itu pada 2009.

“Ia tidak ubah seperti jaringan Cristiano, bukan?” kata Solskjaer kepada MUTV.

“Dia makin yakin mengambil penalti. Tiada masalah. Dia melangkah dan terus menyumbat gol, menakjubkan. 

“Pada saya dia sudah bekerja keras berlatih sep4kan percuma. Itu gol yang hebat, dia gigih berlatih dan hari ini dia menerima imbuhannya.

“Marcus memiliki kemahiran itu. Saya melihat dia berlatih dengan kerap dan dia pasti menemui lebih sasaran selepas ini. 

Pertahanan United, Victor Lindelof juga membandingkan Rashford dengan kehebatan pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu menerusi laman sosial miliknya.

Menerusi satu hantaran di laman Tweeter, Lindelof memuat naik gambar sep4kan percuma Ronaldo dan Rashford dengan satu kapsyen: “Saya tidak pernah melihatnya di tempat lain sebelum ini…”

Dalam saingan pagi tadi, United mengekalkan rentak kemenangan dengan tiga kejayaan sejak mengatasi Norwich City di Liga Perdana dan kejayaan menewaskan Partizan Belgrade di Liga Europa. –

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*