Gol Oxlade-Chamberlain beri kemenangan buat Liverpool

IVERPOOL: Liverpool semakin hampir layak ke pusingan kalah mat1 Liga Juara-Juara awal pagi tadi selepas jaringan Alex Oxlade-Chamberlain memberikan mereka kemenangan 2-1 mengatasi Genk seterusnya berada di tangga teratas Kumpulan E.

Oxlade-Chamberlain meled4k jaringan kemenangan tujuh minit selepas rehat yang meletakkan juara Eropah itu di depan selepas tandukan deras pemain Genk, Mbwana Samatta menyamakan jaringan pembukaan Georginio Wijnaldum.

Bagaimanapun ia tidak begitu selesa seperti kemenangan 4-1 di Belgium sebelum ini kerana penyudah kurang berkesan yang membenarkan Genk, yang sudah tersingkir kembali mendapat rentak pada penamat.

“Kami tidak menyudahkan situasi seperti yang kami patut lakukan. Kami sudah memiliki peluang besar yang biasanya akan kami gunakan tetapi kali ini tidak. Itu yang membuatkan permainan terbuka,” kata jurulatih Jurgen Klopp kepada BT Sport.

“Jika anda hanya menjaringkan satu gol, dan mereka satu gol, ia bermakna banyak usaha dilakukan. Perlawnan baharu bermula pada babak kedua, agak bagus … Tetapi perancangannya ialah menang perlawnan dan kami lakukannya, jadi tugas selesai.”

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Klopp satu mata di depan Napoli, yang hanya seri 1-1 berdepan pasukan tangga ketiga Salzburg, menjelang pertemuan antara kedua-duanya di Anfield bulan ini.

Liverpool juga lima mata di depan pasukan Austria itu dan akan layak berbaki satu perlawnan jika mereka mengetepikan skuad kendalian Carlo Ancelotti.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*