Kejayaan layak ke Piala AFC B19 hanyalah satu permulaan – Datuk Hamidin

Kejayaan skuad bawah 18 tahun negara menumbangkan Thailand dan mara ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 19 Tahun di Uzbekistan pada tahun hadapan ternyata menjadi antara topik perbualan hangat peminat bolasepak tempatan.

Skuad muda negara berjaya menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawnan semalam sekaligus melayakkan diri secara merit ke kejohanan tersebut selepas mengakhir pusingan kelayakan selaku juara Kumpulan G.

Bagi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, ini hanyalah satu permulaan buat skuad negara dan mahu mereka terus menunjukkan aksi mantap di pusingan akhir nanti.

“Bagaimanapun ini hanyalah permulaan. Skuad kebangsaan perlu kekal fokus untuk berdepan 11 pasukan juara dan empat naib juara yang lain pada pusingan akhir nanti.

“Apapun skuad kebangsaan berjaya bermain dengan baik, berdedikasi dan berdisiplin demi negara dan demi ibu bapa masing-masing. Anda telah membuatkan kami semua bangga.

“Selepas ini anda perlu melengkapkan diri dengan lebih baik kerana laluan kita pastinya lebih sukar di pusingan akhir,” katanya selepas menyaksikan perlawanan di Kemboja.

Kejohanan AFC Bawah 19 Tahun akan berlangsung di Uzbekistan yang akan berlangsung pada 14-31 Oktober 2020.

 

Kredit foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*