Mat Yo akui idam gelaran penyer4ng terbaik sekali lagi

Selepas enam tahun, nama penyer4ng Pahang, Norshahrul Idlan Talaha kembali berada dalam senarai calon akhir untuk dinobatkan sebagai penyer4ng terbaik di malam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 pada 15 November ini.

Norshahrul atau Mat Yo adalah pemenang kategori tersebut serta Pemain Paling Bernilai ABK selama tiga tahun berturut-turut pada 2010, 2011 dan 2012 bersama Kelantan dan pada 2013 dia yang berhijrah ke Johor Darul Takzim berada dalam senarai finalis namun tewas kepada penyer4ng Kelantan ketika itu, Norfarhan Muhammad.

Bakal disaingi Pemain Tengah Terbaik dan MVP musim lalu, Safawi Rasid serta pemain Perak, J.Pathiban untuk edisi kali ini, Mat Yo mengakui ia akan menjadi pencapaian yang hebat jika dapat memenanginya sekali lagi.

“Kalau boleh memang saya ingin kembali memenangi anugerah ini yang pernah berikan kenangan istimewa kepada saya sepanjang bergelar pemain dan menaikkan nama saya pada satu ketika dahulu. Secara tidak langsung pengiktirafan itu boleh memberikan keyakinan kepada saya ketika beraksi,” katanya.

Sebagai rekod, selepas 2013, Mat Yo mengalami fasa sukar dalam karier dan selepas meninggalkan JDT pada 2014, dia menjadi ‘football nomad’ dengan berhijrah mewakili beberapa pasukan seperti ATM, Felda United dan Terengganu FC.

Bagaimanapun penghijrahannya ke Pahang pada 2018 berjaya memulihkan prestasinya sehingga kembali dipanggil memperkuatkan Harimau Malaya.

Sementara itu, bintang JDT Safawi Rasid mengakui pentas ABK adalah antara pencetus semangat buat mana-mana pemain untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Jelasnya, untuk berada di pentas berprestij itu adalah pengiktirafan tertinggi dalam arena bola sepak tempatan dan pemain perlu berusaha keras untuk menggapai impian itu.

“Memang bukan saya saja yang suka dan berbangga dengan anugerah ini, malah pemain lain juga kerana ia seperti menghargai jasa-jasa kami yang bermain dalam Liga Malaysia dan meningkatkan lagi semangat untuk berlatih dua kali ganda bagi mendapatkan trofi itu pada masa akan datang.

“Tahun lepas saya dapat  anugerah MVP (Pemain Paling Bernilai) dan dua trofi dalam usia yang muda, kalau boleh memanglah saya nak dapat lagi MVP tahun ini tetapi saingan agak seng1t tetapi saya berharap penyokong akan terus menyokong perjalanan karier saya,” katanya.

Selain Pemain Tengah Terbaik dan MVP, Safawi turut memenangi Anugerah Pemain Muda Harapan ABK 2018 dan dia mengakui bukan mudah untuk mengulangi pencapaian itu.

“Saya rasa saingan sangat kuat sebab ramai yang berada dalam prestasi yang baik sekarang ini dan saya tidak kisah siapa yang akan mendapat gelaran MVP. Jika menang sekali lagi ia penamat yang manis untuk 2019 selepas menjulang dua trofi dengan JDT, namun dicalonkan itu pun sudah cukup baik untuk karier bola sepak saya,” katanya.

Foto : FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*