Astana terima permohonan tiket tonton aksi temu Man United diluar jangkaan

LONDON: Perlawnan Liga Europa yang menemukan Manchester United dengan FC Astana di Kazakhstan menyaksikan pasukan tuan rumah menerima 300,000 permohonan tiket – 10 kali ganda daripada 30,254 kapasiti tempat duduk di Astana Arena.

Dengan United sudah pun mengesahkan kemaraan daripada Kumpulan L dengan Astana tidak lagi berpeluang layak, pertembungan pada awal pagi Jumaat ini boleh dianggap peluang terhadap pengurus Ole Gunnar Solskjaer merehatkan pemain-pemain utamanya sebagai persediaan menentng Aston Villa dalam saingan Liga Perdana.

Begitupun menurut sumber, peminat Astana tetap teruja dengan perlawnan berkenaan yang dianggap sebagai terbesar dalam sejarah kelab itu.

Juara Kazakhstan itu sebelum ini pernah menentng Celtic, Benfica dan Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara tetapi menurut sumber, Astana “boleh menjual 10 kali ganda daripada kapasiti stadium berikutan keinginan peminat menyaksikan United.”

Astana juga menerima permohonan pembelian tiket dari China, yang bersempadan dengan Kazakhstan dengan negara itu dikatakan memiliki lebih 100 juta peminat United, menurut kelab Liga Perdana itu.

Sekali pun kunjungan ke Astana boleh memberikan peluang buat peminat kelab itu di Asia Tengah untuk menonton aksi kompetitif kelab kesayangan mereka, skuad kendalian Solskjaer dijangka tidak akan diisi nama-nama besar.

 

Bintang tengah, Paul Pogba terpaksa diketepikan susulan kecede raan kaki dengan Solskjaer dijangka bersedia untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain mudanya untuk beraksi.

United sebelum ini memulakan kempen Liga Europa pada September lalu dengan kemenangan 1-0 ke atas Astana di Old Trafford.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*