Dominique Da Sylva sen jata baharu Terengganu

Teka-teki mengenai pengganti kepada bekas ketua pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetche yang menyertai pasukan Kedah musim hadapan akhirnya terjawab apabila naib juara Piala Malaysia 2018 itu menandatangani penyerng yang pernah beraksi dalam saingan Liga Vietnam, Dominique Da Sylva.

Setelah tiga musim menyarung jersi TFC dan membantu pasukan itu layak ke saingan Liga Super musim 2018 serta mara ke pentas akhir Piala Malaysia pada musim yang sama, kontrak Kipre tidak disambung oleh pengurusan pasukan dan beliau memilih Kedah sebagai destinasi musim hadapan.

Faktor utama mengapa kontrak Kipre tidak disambung adalah kegagalan pemain dari Ivory Coast itu mengulangi prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada musim 2018 pada saingan musim ini.

Sumber Gambar: Football Tribe

 

Bagi Dominique Da Sylva, penye rang berusia 30 tahun ini pernah beraksi di beberapa negara seperti Vietnam, Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Cyprus serta pernah memenangi beberapa gelaran domestik ketika membina karier di Mesir.

Dominique dijangka bakal beraksi sebagai penye rang tunggal sambil dibantu oleh dua pemain import yang dikekalkan daripada skuad musim 2019 iaitu Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov. Di bahagian sayap, Faris Ramli dan seorang lagi pemain sayap yang bakal diumumkan dalam masa terdekat akan memberikan sokongan kepada penye rang kelahiran Mauritania.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*