Haaland pecah rekod Lagi

Penyerng muda Norway, Erling Braut Haaland terus mencipta sensasi selepas memecahkan rekod baru apabila beliau menjaringkan gol ketika membantu RB Salzburg menewaskan RC Genk dalam saingan kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pemain berusia 19 tahun itu menggegar jaring pada lewat permainan untuk muncul pemain remaja pertama yang menjaringkan gol dalam 5 perlawnan pertama peringkat kumpulan di kejohanan Eropah itu.

Haaland kini telah mengumpul menjaringkan lapan gol dalam lima penampilan UCL, mengatasi rekod Harry Kane dan Diego Costa yang mencatat tujuh gol dari jumlah penampilan yang sama. Namun Robert Lewandowski lebih unggul dengan rekod 10 gol yang juga dicatatkan pada musim ini.

Selain itu, Haaland turut menjadi salah seorang daripada lima pemain yang menjaringkan gol dalam semua lima perlawnan awal peringkat kumpulan bersama Alessandro Del Piero (Juventus 1995/96), Sergei Rebrov (Dynamo Kiev 1997/98), Neymar (2017/18), Cristiano Ronaldo (2017/18) dan Robert Lewandoswki (2019/20).

Jaringannya ke atas Genk merupakan gol ke-27 dalam 19 perlawnan termasuk lima catatan hatrik.

Kemenangan itu merupakan detik manis buat pemain kelahiran Leeds itu dan rakan sepasukannya. Ia berikutan mereka masih berpeluang untuk layak ke peringkat kalah mat1 sekiranya mereka berjaya menumpaskan Liverpool dengan rekod pertemuan pada perlawnan terakhir pada 11 Disember ini.

Patson Daka membuka akaun jaringan pada minit ke-43 sebelum Takumi Minamino menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat separuh masa.

Seorang lagi pemain Asia, Hwang Hee-chan menyumbat gol ketiga Salzburg selepas perlawnan sudah berlangsung selama 69 minit. Genk kemudian mengurangkan defisit menerusi Mbwana Samatta pada minit ke-85.

Hanya tiga minit selepas itu, Haaland menoktahkan kemenangan Salzburg dengan rembatan padu dari jarak dekat bagi memastikan Salzburg bawa pulang tiga mata dari Luminus Arena.

Satu lagi pasukan dalam kumpulan E, Napoli mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mat1 selepas berjaya mengikat Liverpool. Dalam perlawnan terakhir akan berlaku persaingan tiga penjuru untuk merebut dua slot pasukan yang akan mara ke pusingan seterusnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*