Napoli tambah kerja Liverpool

LIVERPOOL: Liverpool memang gemar menyukarkan keadaan buat diri sendiri, akui Jurgen Klopp ketika seri 1-1 menent4ng Napoli yang memaksa juara Eropah itu menanti untuk layak ke kelompok 16 Liga Juara-Juara.

Anak buah Klopp perlu mengelak kekalahan di Salzburg pada 10 Disember bagi menjamin tempat di pusingan kalah mat1.

Dries Mertens hampir memberikan kekalahan pertama buat Liverpool di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara atau Liga Perdana Inggeris sejak April 2017 dengan gol pembukaan di pertengahan babak pertama.

Tandukan Dejan Lovren bagaimanapun menyelamatkan deretan tanpa kalah Liverpool, yang sering merakam kemenangan dengan gol lewat permainan dalam saingan Liga Perdana musim ini.

“Kami sentiasa ikut jalan sukar,” kata Klopp. “Kami perlu ke Salzburg. Jika kami melakukannya (layak) malam ini, kami tetap akan ke sana untuk menang dan kami akan melakukan perkara sama sekarang.”

Sadio Mane (kiri) mengasak pemain Napoli, Allan dalam aksi perlawnan Liga Juara-Juara di Liverpool. – Foto EPA

Napoli kekal satu mata di belakang Liverpool, tetapi berada di kedudukan selesa untuk layak ke pusingan kalah mat1 apabila melayan kunjungan Genk dua minggu lagi.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu adalah satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan juara Eropah itu musim ini dan sekali menjadi penghalang buat anak buah Klopp.

Liverpool tampak bergel ut di babak pertama selepas kehilangan Fabinho akibat kecede raan buku lali di awal permainan.

“Perkara paling besar malam ini ialah keced eraan Fabinho. Kami harap ia tidak begitu serius tetapi tampak menya kitkan,” kata Klopp.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*