Penjaga gol Muangthong United cur1 tumpuan Kelab Asia dan Eropah

Selepas kejayaan menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu bersama pasukan kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam telah berhijrah ke kelab Thai League 1, SCG Muangthong United dengan kontrak bernilai USD500,000 (RM2 juta) yang merupakan rekod nilai perpindahan tertinggi bagi pemain dari Vietnam.

Berdasarkan aksi terkini bersama pasukan Muangthong United, Dang Van Lam berjaya membantu kelab itu menamatkan liga dikedudukan ke 5 secara keseluruhan dan diperingkat kebangsaan pula beliau berjaya memberikan sumbangan untuk Vietnam mendahului kedudukan kumpulan G di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Berdasarkan apa yang telah dipamerkan oleh Dang Van Lam dalam aksi bersama kelab dan pasukan kebangsaan, tidak mustahil bagi beliau untuk meninggalkan Muangthong United kerana menurut ejen beliau, Andrey Grushin, terdapat beberapa buah kelab dari Asia dan juga Eropah sedang mengikuti rapat perkembangannya ketika ini.

“Van Lam adalah seorang pemain yang memiliki cita-cita tinggi, dia mahu bermain bola sep ak dalam saingan liga tertinggi dalam benua Asia atau mungkin di Eropah. Bagaimanapun, kami mahu ikut langkah demi langkah.

Menurut ejen beliau lagi, Van Lam mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran dimana Muangthong United mampu menjual beliau dengan harga sekitar USD1.2 juta atau RM5 juta. Ini bukan satu harga yang tinggi jika dibandingkan dengan pasukan di Jepun.

Dang Van Lam yang mempunyai depaan tangan hampir 2 meter itu masih mempunyai baki kontrak bersama Muangthong United selama 2 musim lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*