Vietnam dijangka kekal sebagai Pasukan ASEAN tunggal dalam senarai top 100 dunia FIFA ranking

Skuad Vietnam dibawah bimbingan ketua jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo dijangka tidak mempunyai masa1ah untuk terus kekal berada dalam senarai Top 100 mengikut kedudukan FIFA Ranking yang akan diumumkan pada petang nanti.

Sebelum ini dalam kemaskini yang dilakukan pada 24 Oktober 2019 yang lalu, pasukan Vietnam berada dikedudukan ke 97 dunia dan selepas mengharungi 2 perlawnan pusingan ke 2 kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu UAE dan Thailand, skuad ini diramalkan akan melonjak ke kedudukan ke 94 dunia.

Pasukan Vietnam mula menempatkan diri dalam kedudukan 100 terbaik dunia secara berterusan sejak kemaskini pada bulan November 2018 yang lalu dan ini bermakna pasukan Vietnam sudah 12 bulan berada dalam kedudukan Top 100 dunia.

Kedudukan itu juga menjadikan pasukan Vietnam sebagai wakil tunggal pasukan dari rantau Asia Tenggara yang mampu memecah dinding 100 pasukan terbaik dunia ketika ini, dimana pasukan Thailand dan Filipina masing-masing mengekori dari kedudukan 109 dan 126 mengikut kemaskini terbaru pada bulan Oktober 2019.

Malaysia pula walaupun diramalkan berjaya melonjak beberapa tangga lebih baik, tetapi berdasarkan jumlah pungutan mata, Malaysia ketinggalan sekitar 200 mata dari pasukan Vietnam.

Mungkin kita mampu untuk mengejar mereka, tetapi akan mengambil sedikit masa dan keputusan perlawnan yang baik secara berterusan adalah jawapannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*