Aaron Niguez kembali perkuatkan JDT

Juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim telah memulakan sesi latihan selepas berehat selama tiga minggu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Dalam sesi latihan yang berlangsung semalam, kelihatan abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niguez iaitu Aaron Niguez kembali memperkuatkan kelab tersebut setelah dilepaskan pada awal musim ini.

Pada Februari lalu, pengurus JDT, Luciano Figueroa menjelaskan Aaron terpaksa dilepaskan meskipun baru sahaja menyertai pasukan kerana 1su perubahan taktikal.

Perkara ini nyata mengejutkan rata-rata peminat JDT ketika itu kerana Aaron menampilkan aksi yang baik dan beliau berjaya menjaringkan gol pada perlawnan Piala Sumbangsih menentang pasukan Perak.

Dalam satu video yang di muat naik di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, kelihatan juga bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi serta abang kepada Kiko Insa, Natxo Insa turut menjalani latihan bersama pemain lain.

Masih belum jelas sama ada Aaron Niguez bakal beraksi bersama pasukan utama ataupun JDT II. Yang pasti, kelibat beliau, Liridon Krasniqi serta Natxo bakal memantapkan lagi bahagian tengah pasukan itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*