Everton pecat Silva

LONDON: Everton memecat pengurusnya, Marco Silva selepas 18 bulan mengendalikan Goodison Park, semalam susulan kekalahan memalvkan 5-2 kepada Liverpool yang menyaksikan kelab itu terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana.

“Kelab bola se pak Everton mengesahkan pengurus Marco Silva sudah meninggalkan kelab,” kata Everton dalam satu kenyataan.

“Duncan Ferguson mengambil alih tugas secara sementara bagi pasukan utama dan menguruskan skuad untuk perla wanan menntang Chelsea pada Sabtu.”

Bekas pengurus, David Moyes dikaitkan dengan kepulangan semula ke Goodison Park sebagai pengganti Silva sehingga musim ini berakhir.

Deretan lapan kekalahan dalam 11 perlawnan menjadi penentu kepada nasib Silva selepas kelab itu mencipta skuad yang dijangka mampu mencabar kedudukan untuk beraksi di pentas Eropah musim ini.

Peminat Everton mula menggesa agar pengendali dari Portugal itu disingkirkan selepas kekalahan 2-0 kepada Norwich pada 23 November lalu.

Begitupun, dia diberikan ‘talian hayat’ bagi memperbaiki prestasi pasukan tetapi sekali lagi tewas kepada Leicester sebelum dia1bkan pada pertemuan tetangga Merseyside bertemu Liverpool yang menurunkan ‘barisan kedua.’

Kekalahan kepada Liverpool turut mengece wakan Everton apabila ia kali pertama kelab itu bolos lima kali bertemu seteru tetangganya itu sejak 1982.

Silva menjadi pengurus keempat Liga Perdana yang dipecat dalam tempoh dua minggu selepas Tottenham, Arsenal dan Watford masing-masing menyingkirkan pengendalinya.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*