Tertarik dengan aksi Nguyen Tuan Anh, ini yang dilakukan Deportivo Alaves

Pemain tengah Vietnam yang tidak kurang hebat prestasinya ketika ini, Nguyen Tuan Anh dilaporkan telah menerima tawaran untuk menyertai sesi latihan percubaan bersama kelab LaLiga, Deportivo Alaves.

Menurut laporan dari media Vietnam, Nguyen Tuan Anh dikatakan akan menjalani sesi latihan percubaan itu selama 2 minggu dan akan berlepas ke Sepanyol sekitar bulan Januari atau Febuari 2020.

Musim sebelum ini Nguyen Tuan Anh banyak menghabiskan masa untuk cuba mengembalikan sentu hannya selepas mengalami kecede raan serius. Prestasi yang terpuji dalam musim 2019 bersama HAGL telah berjaya membolehkan beliau kembali memperoleh kepercayaan Park Hang-seo dalam skuad kebangsaan.

Nguyen Tuan Anh ketika beraksi untuk pasukan Yokohama FC.

 

Berdasarkan maklumat lain yang diterima, Deportivo Alaves pernah membuat tawaran yang sama kepada Nguyen Quang Hai awal tahun ini, namun disebabkan oleh beberapa 1su berkaitan dengan jadual pemain itu, beliau tidak menyertai sesi latihan percubaan di Sepanyol.

Untuk makluman, Nguyen Tuan Anh pernah dipinjamkan ke sebuah kelab J2 League, Yokohama FC selama 1 musim bersama-sama Nguyen Cong Phuong (Mito Hollyhock) pada tahun 2016, namun gagal mendapatkan kontrak kekal bersama kelab Jepun itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : VOCKETFC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*