Harimau Malaya perlukan dua perlawnan persahabatan menentng Negara Asia Barat

Timbalan Presiden Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan pihaknya akan cuba mengaturkan dua perlawnan persahabatan antarabangsa menentng negara asia barat sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Mac 2020.

Skuad Harimau Malaya kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand sekaligus menghidupkan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

FOTO: FAM

 

Oleh sebab itu, FAM mahu memastikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu lebih bersedia dari segi fizikal dan men tal kerana baki 3 perlawnan yang akan datang pasti lebih sukar dan menghadirkan tentngan sengit.

“Idea beliau (Tan Cheng Hoe) adalah untuk mengadakan perlawnan di rantau itu supaya barisan pemain lebih bersedia dari segenap aspek bila berlawn dengan UAE. Di FAM fokus kita adalah macam mana untuk mempersiapkan pasukan kita berdepan dua perlawnan bulan Mac depan.

“Kalau satu perlawnan (persahabatan) tidak cukup, beliau mahukan dua, kita akan beri dua perlawnan,” jelas Yusoff Mahadi seperti dipetik dalam Bernama.

Tan Cheng Hoe bersama Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. FOTO: FAM

 

Selain itu, FAM turut akan mengadakan pertemuan dengan bekas jurulatih Kedah itu untuk mengetahui apakah perancangannya dalam memperkuatkan pasukan menghadapi lawn yang seterusnya.

“Kita (FAM) akan berjumpa dengan beliau (Cheng Hoe) hujung tahun ini untuk beliau membentangkan pelan perancangan pasukan. Selain itu kita meminta beliau tampil dengan cadangan untuk bagaimana memperbaiki dan memperkuatkan pasukan kebangsaan.

“FAM akan memberikan sokongan lebih daripada 100 peratus. Selagi permintaan Tan Cheng Hoe itu bukan bulan dan bintang, insyaAllah kita akan bagi,” katanya.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE pada 26 Mac 2020 di lokasi yang akan ditentukan kemudian sama ada Dubai atau Abu Dhabi dan kemudian bertemu pendahulu kumpulan, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*