Jafri Firdaus Chew kecewa cara KFA lepaskan beliau

Penyer4ng skuad B-22 tahun negara, Jafri Firdaus Chew meluahkan rasa kecewa selepas Persatuan BolaSepak Kedah (KFA) memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak bersama beliau.

Menerusi laman media sosial Instagram milik beliau, Jafri memuat naik satu Story dimana bekas pemain Pulau Pinang itu mengkr1tik cara KFA yang mengumumkan mereka enggan untuk menandatangani kontrak menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi persatuan itu berbanding memaklumkan sendiri kepada beliau.

Sumber Gambar: Instagram Jafri

 

Bulan lalu, KFA mengumumkan Jafri Chew sebagai pemain baharu Kedah bagi menghadapi saingan musim 2020 di samping Hadin Azman, Kpah Sherman, Kpah Tchetche, Irfan Zakaria, Zukhairi Zulkepli, Tan Sheang Tsung dan Shahril Saari.

Namun, KFA enggan untuk menandatangani kontrak bersama Jafri Firdaus Chew kerana pemain itu tidak cukup cergas untuk memenuhi syarat utama kontrak pemain profesional iaitu melepasi ujian kecergasan bersama pasukan yang akan diwakili oleh pemain itu.

Akan tetapi, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Jafri sebenarnya telahpun menandatangani kontrak bersama Kedah sejak sebelum pengumuman kemasukannya dibuat justeru KFA dianggap sebagai cuba berdalih dalam hal ini.

Pada saingan musim 2019, Jafri beraksi bersama PKNS FC namun beliau terpaksa mencari pasukan baharu musim hadapan kerana PKNS dijadikan sebagai feeder club kepada pasukan Selangor.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*