Jersi ‘blackout’ Selangor jadi rebutan peminat bolasepak

Laris macam pisang goreng panas.

Jersi terbaru yang dilancarkan oleh pasukan Selangor nampaknya menjadi sebutan dan rebutan ramai apabila dilancarkan di Hari Bolasepak Selangor 2019, di Stadium Shah Alam semalam.

Menggunakan rekaan ‘black out’ yang menjadi gaya terkini jersi zaman sekarang, jersi serba hitam itu telah menjadi topik perbualan ramai bukan sahaja dari dalam Malaysia tetapi juga luar negara.

Jersi terkini Selangor itu menampilkan rekaan serba hitam dan apa yang menarik adalah tulisan nama penaja, PKNS, di depan yang ‘glow in the dark’. Di sebelah kanan lengan jersi tertulis Selangor FC dan di lengan sebelah kiri pula tertulis ‘Future is now’. Di bahagian belakang jersi juga ada ditulis ‘kick out raci sm’ dengan tulisan nama pemain berwarna putih.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon dia menjangka kesemua 2,000 helai jersi keluaran terhad ini akan habis terjual sebelum bermula Liga Malaysia pada bulan Februari nanti.

“Jualan jersi edisi khas ini amat menggalakkan dan kita memang mengeluarkan 2,000 helai sahaja dan tidak akan menempah semula. Jika habis terjual, maka habislah.

“Setakat ini, 20 peratus sudah ditempah secara dalam talian dan kita akan menjualnya secara fizikal pada hari perlawnan namun ia tertakluk selagi stok masih ada,” katanya pada Hari Bolasepak Selangor, semalam.

Setakat ini, ramai penyokong Selangor dilihat sudah mula bercakap mengenai jersi terbaru ini di laman media sosial. Bahkan ada juga peminat bolasepak di luar negara yang menyatakan minat untuk mendapatkan jersi ‘blackout’ Selangor ini.

 

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*