Kelantan gunakan khidmat penye rang tempatan bertaraf bintang musim hadapan

Pasukan Kelantan bakal menggunakan khidmat penye rang tempatan bertaraf bintang bagi mengetuai jentera sera ngan untuk menghadapi saingan Liga Perdana musim hadapan.

Perkara itu disuarakan oleh ketua jurulatih pasukan, Yusri Che Lah dimana beliau menegaskan langkah tersebut diambil bagi memastikan Kelantan menjaringkan lebih banyak gol sekaligus kembali ke saingan Liga Super musim 2021 nanti.

Sumber Gambar: Stadium Astro

 

“Ini berikutan statistik sepanjang musim ini mendapati pemain import yang berkhidmat dengan Kelantan pada musim ini gagal berfungsi dengan baik dan langkah menggunakan pemain tempatan di bahagian seran gan adalah strategi baharu kami.

“Saya akan mengekalkan 14 pemain daripada skuad terdahulu dan memerlukan tiga pemain tempatan selain empat pemain import,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Raul Tarragona

 

Musim ini, Kelantan telah menggunakan khidmat dua penye rang import iaitu Raul Tarragona dan Mustafa Zazai. Namun, kedua-dua penye rang ini gagal untuk memberikan impak positif dimana Raul dan Mustafa meninggalkan pasukan sebelum saingan Liga menutup tirai.

Kegagalan jentera seran gan turut memberi kesan terhadap prestasi pasukan Kelantan dimana The Red Warriors menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ke-10, satu mata di hadapan pasukan Sarawak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*