Kuala Lumpur mahu tubuhkan ‘feeder team’

Kemunculan ‘feeder team’ di Liga Malaysia pada musim hadapan nampaknya akan semakin bertambah pada musim hadapan. Selepas Selangor II dan Perak II, nampaknya satu lagi pasukan akan mempunyai ‘feeder team’ cuma bezanya pasukan ini akan beraksi di Liga M3.

Pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur adalah pasukan terbaru yang akan mempunyai ‘feeder team’ di Liga Malaysia pada musim hadapan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa dalam satu laporan Harian Metro menyatakan bahawa tujuan ‘feeder team’ ini diadakan adalah bagi membantu memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda Kuala Lumpur.

“Kami tidak mahu lagi bergantung kepada pemain luar menyebabkan mengambil inisiatif mahu menubuhkan pasukan feeder yang berperanan membangunkan pemain muda dengan lebih sistematik.

“Ada antara pemain muda yang berbakat ketika ini tidak mendapat pendedahan secukupnya sekali gus menganggu perkembangan mereka terutama untuk beraksi lebih cemerlang,” kata Nokman.

Pemain-pemain dari pasukan Piala Belia dan Piala Presiden Kuala Lumpur seharusnya menjadikan ini satu batu loncatan sebelum beraksi bersama pasukan utama sama ada Kuala Lumpur atau pasukan lain. Pendedahan ini bagus untuk membolehkan mereka beraksi dalam liga yang lebih mencabar dan seharusnya membantu perkembangan mereka.

Kredit foto: Malaysia Football League

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*