Jersi Terengganu FC musim 2020, penaja sediakan ‘Nameset’ khas

Satu perkara yang menarik mengenai Terengganu FC adalah keberanian mengetengahkan sesuatu yang lain dari yang lain.

Pernah pada satu ketika, Terengganu telah menggunakan syarikat tempatan untuk penajaan jersi iaitu Kobert. Namun, selepas tiga musim, mereka beralih kepada Al-Ikhsan untuk penajaan jersi.

Ia telah menampilkan kelainan kepada konsep jersi pasukan tempatan yang menyaksikan ia sangat menarik berbanding pasukan-pasukan lain yang menggunakan syarikat ternama.

Pada malam pelancaran jersi untuk musim 2016, 5,000 helai jersi Kobert Terengganu telah habis terjual dalam masa 2 jam dan dimaklumkan, ia boleh terjual sehingga 8,000 helai jika Kobert bersedia dengan lebih awal stok jersi pada malam itu.

Musim seterusnya, Kobert tampil dengan lebih baik apabila jersi yang dihasilkan setanding dengan jenama antarabangsa iaitu fabriknya yang lebih ringan, perinciannya menarik, peningkatan kualiti heat press printing dan teknik satin stitching di logo pada jersi seperti yang digunakan oleh Nike, Puma dan Adidas.

Dan untuk musim 2020 pula, penaja yang masih setia dengan kelab tersebut iaitu Adik Print & Stationery, dikhabarkan bakal mengeluarkan ‘nameset’ khas untuk kegunaan kelab.

Menurut laporan di laman sesawang rasmi kelab, Adik Print bakal menaja perkhidmatan percetakan pada kelengkapan pakaian bagi musim hadapan termasuk pada baju latihan dan jersi pasukan.

Pada musim lalu, syarikat yang sudah bersama Terengganu sejak 2018, iaitu pada awal penubuhan kelab tersebut, menggunakan nameset jenis ‘AP Capristo’ yang kemudian menjadi ‘trending’.

Ia dikatakan menjadi kegi laan peminat-peminat bolasepak di Terengganu yang ingin menggunakannya pada jersi mereka.

Dan, untuk musim 2020, menurut pengarah urusannya, Wan Mohd Khaidzir Bin Wan Mohd, nameset khas bakal diperkenalkan pada kelengkapan pakaian Terengganu seperti mana musim lalu.

Namun, maklumat lanjut mengenainya masih belum dinyatakan dan dijangkakan ianya bakal diperkenalkan kepada umum pada majlis memperkenalkan jersi dan pasukan Terengganu nanti.

Sesi menandatangani kontrak penajaan selama setahun ini telah dihadiri oleh Khaidir sendiri dan pihak kelab telah diwakili oleh Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain dan penolong pengurus pasukan, Encik Zul Fadli Rozi.

Kredit Foto: Terengganu FC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*