Aksi buruk di China, Chan Peng Soon dedah sesuatu yang mengejutkan

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016, Chang Peng Soon mende dahkan bahawa dia mengalami 1umpuh di sebahagian muka, menerusi satu video yang dimuatnaik di instagram peribadinya.

Menurut pemain beregu campuran itu, dia mengalami kebas di bahagian kiri muka dan mata kirinya juga tidak dapat ditutup dengan sempurna.

“Saya tidak dapat merasa sebahagian daripada muka saya ketika bercakap tetapi sebahagian lagi agak baik. Saya tidak boleh menutup mata kiri dan peluh kerap turun ke bahagian mata dan ia menjejaskan rentak permainan secara keseluruhannya,” katanya sambil mende dahkan keadaan itu mula dialami sehari sebelum Final Jelajah Dunia di China yang berlangsung 11-15 Disember.

Ia jelas menjejaskan permainan Peng Soon dengan te ruk, di mana dia bersama gandingannya Goh Liu Ying tewas semua tiga perlawanan Kumpulan A dengan straight set kepada Wang Yilu-Huang Dongping (China); Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (Thailand); dan Seo Seung Jae-Chae Yoo Jung.

Perkhabaran terbaru ini berpotensi menjejaskan misi Peng Soon-Liu Ying untuk layak ke Sukan Olimpik Jepun 2020.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

不懂你们有没有听说过这种病(面瘫)我现在面对的是这种病! #我会回去好好治疗 #自己还是很难接受的

A post shared by 陈炳顺Chan Peng Soon (@pschan88) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports / Instagram @pschan88

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*