TMJ beri bayangan akan ada pemain baharu dibawa masuk JDT

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) membayangkan akan ada pemain baharu akan dibawa masuk ke skuad Harimau Selatan itu pada 20 Disember hadapan.

Bayangan oleh TMJ itu berasaskan perkongsian baginda di Instagram Story semalam.

“Ada banyak projek baharu. Di JDT, kami tidak pernah berhenti melangkah ke hadapan dan membesarkan operasi,” titah baginda.

“Akan ada pengumuman besar pada 20 Disember akan datang. Ia mengenai pemain baharu, nilai komersil kelab, dan pemegang taruh yang baharu. Sesuatu yang mengujakan bakal menanti.

“Saya merancang tahun 2020 sepatutnya akan lebih perlahan. Tetapi ia menjadi tempoh yang amat sukar untuk saya lalui.

“Kerana saya terlupa bahawa kami adalah JDT. Apabila kami melakukan sesuatu, ia harus dilakukan dengan besar!

“Ma lang sekali bagi sesetengah pihak, mereka telah membangunkan Harimau yang sedang tidur.

“Kini Harimau itu sudah bangun dari lena, segar, dan bermotivasi. Sekarang saya akan mengubah dinamik [bentuk] permainan ini.

“Ia akan dilakukan secara berhabis-habisan dan tanpa maaf. Tiada tempat untuk kerendahan di dalam sebuah perjuangan. JDT Hybrid, Misi 1 Billion.

Melalui muat naik ini, TMJ tidak menyatakan secara spesifik mengenai projek yang manakah akan disiapkan oleh JDT, atau yang akan dibina dalam masa terdekat.

KETERUJAAN MENCAPAI ASPIRASI ORGANISASI JOHOR DARUL TA’ZIM“Saya belum berpuas hati lagi. Banyak lagi kerja. Inilah…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, December 13, 2019

Namun sebelum ini, TMJ pernah bertitak akan membina sebuah hotel dan juga pusat perubatan di kawasan tapak Stadium Sultan Ibrahim.

Antara projek yan dipercayai akan disiapkan secepat mungkin berkemungkinan adalah pembinaan Stadium Sultan Ibrahim agar ia turut boleh digunakan di pertandingan Liga Juara-Juara Asia 2019.

Lebih menarik, TMJ turut berkata akan ada pemain baharu akan dibawa masuk pada 20 Disember akan datang. Tidak boleh dipastikan sama ada pemain yang dimaksudkan adalah pemain tempatan atau pun pemain import.

Sebelum ini TMJ pernah membayangkan tidak akan membawa masuk pemain baharu untuk saingan pada musim hadapan melalui sesi No Holds Barred.

Dengan perkongsian ini, mungkinkah perancangan JDT untuk musim akan datang sudah berubah? Sama-sama kita nantikan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*